Thursday, April 14, 2016

Me

Amilin Shahida bt Saadon, Abqarians Kolej Permata Insan, 2 Abbasiyyah 2017
Sebuah blog untuk tatapan semua sebagai panduan  :)

Sejarah - Peningkatan Tamadun

Peningkatan Tamadun



Tulisan yang diajar dalam pendidikan Yunani




Tembok Besar China dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin sepanjang 5000km dengan kelebaran 4.5m~9m dan ketinggian 7.5m. 




Great Bath merupakan salah satu seni bina tamadun India




Aqueduct ialah saluran air pada zaman tamadun Rom. Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air tersebut. Aqueduct yang paling panjang ialah di Marcia. Air disalurkan melalui dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang (arches). Aqueduct berfungsi berdasarkan sistem graviti.  

Falsafah pada Zaman Peningkatan Tamadun


Ahli-ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato telah membukakan persoalan nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi isu utama.

Herodotus merupakan seorang ahli sejarah yang terulung. Beliau telah menghasilkan karya History of Persian Wars, beliau digelar sebagai Bapa Sejarah.    





Thucydides merupakan Pengasas Sejarah Saintifik dan menghasil karyaHistory of the Peloponnesian War.






Socrates ialah Bapa Falsafah Barat. Beliau mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat dan pengikutnya.
Beliau pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab dan berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarat bahagia.
Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum racun.




Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisannya membuktikan beliau pengikut Socrates. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates. Perkara asas itu ialah persoalan tentang manusia dan masyarakat. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun. 







Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah mencuba mendalami bidang sains dan falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik, sains tabii, astronomi dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia. Antara karya utamanya ialah politics.

Perluasan Kuasa

Tamadun Yunani
1. Philip II – menyatukan Macedonia dan Yunani.
2. Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.
3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

Tamadun Rom
1. Augustus Caesar – mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Macedonia, Turki dan Palestin.



Patung Augustus Caesar
Image result for augustus caesar

Tamadun India
1. Chandragupta Maurya berjaya menguasai India Utara, Punjab dan sempadan India Barat kerana mempunyai jumlah tentera yang besar.
2. Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India.
3. Asoka lebih lembut dan menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha.
4. Asoka juga berjaya menakluki seluruh India hasil kemenangan dalam Perang Kalinga.


Asoka
Image result for ashoka

Tamadun China
1. Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
2. Beliau memerintah secara autokratik ( tegas dan mutlak ).
3. Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
4. Beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
5. Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan.



Maharaja Han Wu Ti
Image result for maharaja han wu ti

Aspek aspek Peningkatan Tamadun

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


TAMADUN YUNANI

Proses perkembangan tamadun Yunani
 Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai  perubahan daripada:
 Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi
1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki.

3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi.

4. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi – maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera.

5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.

6. Sistem demokrasi di Athens – terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.

7. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.

8. Di Sparta-sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik .Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.


TAMADUN ROM

1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M

2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M

3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom

- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau ialah Praeotor. Iaitu pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat. Segala keputusan Dewan Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada zaman pemerintahan Julius Ceasar.

5. Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasa angkatan tentera dan senat dengan memakai gelaran Maharaja.

6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun 27 – 14 S.M.

7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.

8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom).


TAMADUN INDIA

1. Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India membentuk dua kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.

2. Kerajaan kecil - bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja 
kerajaan besar - diketua raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.

3. Kedudukan raja diperkukuh dengan bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa raja itu adalah suci dan harus dihormati.

4. Golongan Brahmin bertindak sebagai penasihat manakala golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.

5. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dari tahun 321 – 185 S.M. dan mengubah status raja kepada maharaja.

6. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara terletak di Pataliputra.

7. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang saudara yang berlaku sejak pemerintahan ayahnya Bindusara.

8. Perang Kalinga menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian. Perang ini diingati dalam sejarah kerana menjadi pemula penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan mengembangkan ajarannya.

9. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.


TAMADUN CHINA

1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan sistem pentadbiran berpusat.

2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)

3. Konsep raja bertukar kepada maharaja. 

4. Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja terdiri daripada orang awam.

5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam pepriksaan awam.

6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting sistem pemerintahan ini.

Tamadun China


1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. 
2. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin
3. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. 
4. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M 
5. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. 
6. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 
7. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.


Tamadun India


1. Tamadun India telah melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500 - 1800 S.M.. 
2. Selepas tempoh ini tamadun India telah mengalami keruntuhan. 
3. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah India. 
4. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik ini diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda. 
5. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu
7. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah India, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
8. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. 
9. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil danmahajanapada atau kerajaan besar. 
10. Di bawah pernerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. 
11. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. 
12. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.


Tamadun Rom


1. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium. 
2. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. 
3. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. F4. 4.Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar. 
5. Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom. 
6. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. 
7. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.
8. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom). 
9. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang. 
10. Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan. 
11. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.


Tamadun Yunani


1. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut     Aegean dan Laut Mediterranean. 
2. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau             polis. 
3. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800           S.M.. 
4. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang           dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.
5. Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan               Corinth. 
6. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean. 
7. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri 
8. selain turut memiliki beberapa tuhan. 
9. Masyarakat Dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering berlaku     antara negaranegara kota tersebut.



Thursday, April 7, 2016

Sejarah, permulaan hidup

Zaman kini, zaman moden..
Zaman yang canggih dengan kemudahan dan teknologi
Kini, manusia berbangga dengan apa yang mereka ada
Mereka menghasilkan pelbagai jenis kemudahan

Tetapi...,
Mereka bagaikan kacang lupakan kulit,
Mereka tidak kenal apa erti sejarah
Tidak mengambil tahu sejarah dunia
Para pengkaji telah merungkai pelbagai jenis rahsia.
Rahsia sejarah zaman lampau
Namun, manusia di zaman kini tidak lagi berminat dengan sejarah

Wahai anak muda,
Ingatlah kita berasal dari keturunan
Orang pada zaman dahulu telah melakukan berbagai bagai perkara
Bagi meneruskan generasi akan datang
Iaitu kita semua,
Kitalah yang akan melahirkan generasi yang lebih baik
Tepuk dada, tanya jiwa
Adakah kita tahu apa sebenarnya telah berlaku,
10 tahun lalu,100 tahun lalu, 1000 tahun lalu
mahupun 10 000 tahun lalu
Apa yang telah berlaku.....