Thursday, April 14, 2016

Tamadun India


1. Tamadun India telah melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500 - 1800 S.M.. 
2. Selepas tempoh ini tamadun India telah mengalami keruntuhan. 
3. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah India. 
4. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik ini diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda. 
5. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu
7. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah India, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
8. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. 
9. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil danmahajanapada atau kerajaan besar. 
10. Di bawah pernerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. 
11. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. 
12. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.


No comments:

Post a Comment