Thursday, April 14, 2016
Tamadun China
1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China.
2. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin.
3. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China.
4. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M
5. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.
6. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
7. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment